Showing posts with label Coklat. Show all posts
Showing posts with label Coklat. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Rahsia Coklat

Pernah merasa pelik apabila melihat sesetengah wanita yang sangat meminati coklat? Rasanya memang tiada apa yang perlu dipelikkan. Kerana memang lumrah kebanyakkan wanita meminati makanan yang manis dan berlemak-lemak. Pendek kata makanan yang tidak baik untuk kesihatan.

Tetapi sebagai lelaki pernahkah anda sendiri tahu apakah rahsia disebalik coklat selain dapat menghilangkan kesedihan dan mengurangkan rasa mengidam kebanyakkan wanita yang sedang datang bulan?

Perhatikan setiap kali sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day, selain jambangan muka, coklat juga dijual meluas untuk diberi kepada orang yang disayang. Tetapi tahukah anda mesej yang tersembunyi disebalik pemberian coklat?

'Dark Chocolate' atau Coklat yang tanpa kandungan susu dan gula.Antara elemen-elemen sihat yang ada didalam 'Dark Chocolate' termasuklah Magnesium dan Flavonol Antioksidan dimana kandungan kimianya meningkatkan penghantaran oksigen ke otak dan mengurangkan kerosakan otak akibat stroke (angin ahmar).

Selain itu kandungan koko didalam coklat juga mampu meningkatkan lagi perasaan berahi. Perhatikan, terutamanya perempuan jika setiap kali menikmati coklat adakah anda akan merasakan vagina akan mengeluarkan cecair keputihan yang lebih dari biasa.

Kajian dari universiti di Italy menunjukkan, memakan coklat boleh meningkatkan keinginan, ghairah dan kepuasan seksual di dalam 'Journal of Sexual Medicine'. Di dalam kajian yang dilakukan peserta wanita yang mengambil sekotak coklat mengalami peningkatan berahi seksual yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Bagi pengambilan coklat yang jenis tenusu (coklat yang manis dan mengandungi susu) mengandungi sebatian yang dipanggil Phenylethylamine (PEA), yang mempunyai fungsi yang sama seperti endorfin yang mampu membuatkan perasaan menjadi lebih tertarik kepada pasangan sama ketika melakukan seks- kata Lori Buckley Psy.D didalam Sex Therapist.