Showing posts with label Squat. Show all posts
Showing posts with label Squat. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Kuatkan Otot Faraj dengan 'Plie Squat'


Apabila kerap melakukan hubungan intim adakalanya kedudukan faraj seakan-akan sudah berganjak dari kedudukan asalnya. Tambah lagi jika sudah melahirkan anak, otot-otot rahim menjadi lemah dan boleh menyebabkan 'prolapse'(terjatuh dan juga terkeluar bagi kes yang serius). Pelbagai inisiatif yang diambil bagi mencegah dan merawat 'prolapse rahim' sama ada berurut dan menjaga 'pantang' dengan betul selepas bersalin.

Selain berurut dan ubat-ubatan terdapat satu senaman yang dapat menguatkan otot-otot rahim dan mengembalikan faraj kepada kedudukan asal iaitu Plie Squat.

Umum mengetahui, Squat amat bagus untuk wanita yang mengidamkan otot punggung yang cantik dan mantap seperti diatas. Percayakah anda, tanpa pembedahan plastik, suntikan mahupun ubat-ubatan merbahaya, 'mimpi' anda boleh menjadi kenyataan hanya dengan cara melakukan senaman seperti 'Plie Squat' atau cara sebutannya  'Pliye Skuot'.

Plie Squat memberi regangan dan simulasi dikawasan paha seperti dikawasan hadapan paha, dalam paha, paha belakang dan juga otot-otot punggung.

Selain itu jangan terkejut, 'plie squat' mampu menguatkan otot faraj dan mampu membuatkan wanita  orgasme yang lebih baik ketika seks.

Cara melakukan 'Plie Squat' amatlah mudah. Anda hanya boleh melakukan dirumah, dan tidak memerlukan peralatan-peralatan yang mahal dan tidak perlu ke gym.

1) Untuk melakukan 'Plie Squat' anda hanya perlu berdiri sambil kangkangkan kaki dalam anggaran 45 hingga 60 darjah (lebih kurang ukuran dua kali ganda ukuran bahu anda).

2) Kemudian turun perlahan-lahan, Pastikan, peha dan kaki tidak menguncup, untuk permulaan, gunakan tangan untuk menolak kedua-dua sisi paha anda supaya lurus mengadap kiri dan kanan.

3) Kemudian naik semula dengan mendepangkan tangan.

4) Turun Semula dengan cara di nombor dua sambil mendepangkan tangan.

5) Ulang cara 3 & 4 sebanyak 12 rep (kali) hingga 15 kali sebanyak 4 set untuk permulaan.