Blog ini sesuai untuk bacaan 18 tahun dan ke atas. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca dalam kalangan bawah umur
Showing posts with label Vitamin D. Show all posts
Showing posts with label Vitamin D. Show all posts
Thursday, October 16, 2014
Vitamin apakah yang baik untuk seks lelaki???
Mungkin ramai yang memandang enteng dengan khasiat-khasiat setiap vitamin, terutama sekali Vitamin D. Vitamin ini mudah didapati iaitu dengan cara menerima pancaran dari matahari, tetapi persoalannya, berapa ramaikah yang 'menggemari' pancaran matahari ?
Ops.. jangan salah anggap. Maksud pancaran matahari ini bukan bermaksud pancaran matahari yang terik, Vitamin D hadir pada pancaran matahari di waktu pagi. Ingat, pancaran matahari yang terik boleh mendedahkan risiko kepada kanser kulit.
Kajian dari Italy menemui, Kekurangan Vitamin D dari pancaran matahari meningkatkan lagi kebarangkalian untuk anda 'mati pucuk'!
Kajian in diuji keatas 143 lelaki yang menderita penyakit 'mati pucuk'(kegagalan zakar untuk menegang), hampir 50% daripada mereka adalah kekurangan 'Vitamin D'.
Kekurangan Vitamin D boleh merangsang penghasilan radikal bebas yang dikenali sebagai ion superoksida, menurut penulis kajian Alessandra Barassi, MD, bersama dengan pasukan penyelidikannya. Radikal bebas ini mampu mengurangkan oksida nitrat. Oksida Nitrat merupakan molekul yang membantu saluran darah berfungsi dengan betul. Hasilnya, apabila kekurangan atau ketiadaan molekul ini ia membuat zakar sukar untuk mengeras.
"Nitrik oksida membuatkan aliran darah menjadi lancar dan membolehkan ereksi(zakar mengeras) seperti biasa," kata Larry Lipshultz, MD, Penasihat Kesihatan Urologi bagi Lelaki. Tanpa jumlah asid nitrat yang mencukupi, saluran darah mungkin tidak cukup 'relax' bagi membolehkan ereksi.
Apabila anda menderita mati pucuk atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai ED(Erectile Dysfunction), sila berjumpa dengan doktor untuk memeriksa kandungan Vitamin D. Untuk penghidap ED yang kekurangan Vitamin D, pakar akan mengesyorkan untuk mengambil suplement supaya paras Vitamin D berada ditahap optimum iaitu 30ng/ml dan keatas.
"Bagi lelaki yang masih mempunyai zakar yang sihat (masih mampu menegang dengan baik), pengambilan Vitamin D sebagai suplement mampu mencegah dan melewatkan ED(mati pucuk)" kat Dr. Barassi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
