Tuesday, October 7, 2014

Perempuan 'Terpancut' : Fantasi atau Realiti???

Pancutan lelaki setiap kali melakukan seks adalah perkara normal. Tetapi secara peribadi, pernahkah kita melihat pasangan wanita kita sendiri mengalami ejakulasi sehingga terpancut? Mungkin ya, mungkin tidak? Atau adakah ejakulasi ini hanya boleh ditonton divideo-video dalam erti kata lain hanyalah fantasi semata-mata ?

Sebenarnya, wanita juga boleh mengalami ejakulasi seperti lelaki jika betul teknik dan caranya. Tetapi, penulis ingin mengingatkan, bukan semua wanita boleh 'terpancut'.

Sebelum penulis merungkaikan misteri 'pancutan' wanita, disini penulis ingin menyenaraikan beberapa mitos tentang rahsia ejakulasi wanita ini. Antaranya adalah :

1) Perempuan yang pernah mengalami pancutan telah melalui seks yang sempurna.

Seperti yang telah penulis nyatakan diatas, bukan semua wanita boleh mengalami ejakulasi seperti lelaki. Walaupun telah menggunakan beberapa teknik yang betul. Memadailah jika seseorang wanita itu mengalami klimaks yang kerap dalam tempoh 30-40 minit, begitu juga boleh dikatakan 'seks yang sempurna' bagi seseorang wanita itu kerana telah merasa nikmat seks dan kepuasan walaupun tidak terpancut.

2) Perempuan yang tidak bersunat sahaja boleh mengalami ejakulasi.

Tiada bukti yang kukuh secara saintifik bahawa hanya perempuan yang tidak bersunat sahaja boleh mengalami 'pancutan'. Jika betul teknik dan cara dan bergantung kepada sesetengah individu, boleh mempengaruhi 'ejakulasi'. Sedangkan, bukan semua wanita yang tidak bersunat akan mengalami 'pancutan'. Ejakulasi dalam kalangan wanita bukan sahaja melibatkan klitoris semata-mata, malahan melibatkan beberapa tempat yang lain didalam vagina.

3) Perempuan tidak terpancut seperti lelaki sebaliknya hanya terkencing ?

Hurm.. tidak dinafikan, adakala perempuan akan merasa seperti hendak terkencing apabila sedang melakukan seks. Tetapi ramai yang tidak mengetahui, rasa terkencing tersebut adalah salah satu 'petanda' yang wanita tersebut akan terpancut jika melakukan teknik yang betul.

Cecair kencing dan ejakulasi dapat dibezakan melihat warnanya sahaja, jika wanita itu terpancut cecair yang berwarna jernih itu bermaksud wanita itu hanya terkencing. Jika cecair pancutan yang keluar ialah berwarna putih berkrim seperti air mani, TAHNIAH! anda sudah berjaya membuat pasangan wanita anda klimaks hingga terpancut.

Pada entri akan datang, penulis akan berkongsi cara-cara membuat wanita terpancut kepuasan.. Teruskan mengikut perkembangan blog ini :)